Bangladesh catat 300,000 kes denggi, 1,549 kematian

20 Nov 2023 • 3:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DHAKA: Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian pada Ahad, kata Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), lapor Xinhua.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi meningkat kepada 301,225 kes manakala angka kematian kepada 1,549 sejak Januari tahun ini.

Jumlah itu termasuk 201 kematian pada bulan ini.

Menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 orang dijangkiti penyakit itu bulan lalu.

Bangladesh mengalami peningkatan tertinggi kes denggi pada September dengan 79,598 jangkitan baharu manakala 396 kematian dilaporkan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved