Banglo Biru Hampir Runtuh Akibat Hakisan Pantai, Hamba Allah Bantu Hantar Bongkah Batu

LocalEnvironment
17 Jan 2025 • 1:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hakisan

Impian seorang pesara untuk menikmati usia emas di sebuah banglo biru hasil titik peluh selama bertahun-tahun hampir musnah apabila hakisan pantai di belakang rumahnya semakin kritikal.

Namun, keprihatinan masyarakat tempatan memberi sinar harapan buat Mohd Yazit Idris, 66 tahun.

Orang ramai bantu hantar bongkah batu, tanah bukit

@arol67

16.1.2025 .. Semoga dipermudahkan segala Urusan Terima kasih org baik ( Hakisan pantai batu rakit ) #terengganu #rumahbiruviral #baturakitterengganu

♬ suara asli – fredd – fredd

Memetik laporan Harian Metro, Yazit yang berpindah dari Puchong, Selangor selepas bersara membina rumah impiannya menggunakan wang simpanan RM600,000 daripada KWSP.

Kini, rumah tersebut menjadi satu-satunya harta yang dimilikinya. Tetapi hakisan pantai yang berlaku sejak dua minggu lalu telah merosakkan struktur belakang rumah.

Syukurlah ada hamba Allah yang sudi membantu Yazit dengan menghantar bongkah batu dan tanah bukit untuk menambat hakisan tersebut.

Sumbangan yang dihulurkan hamba-hamba Allah SWT ini amat saya hargai kerana saya tidak mampu berbuat demikian berikutan kosnya yang tinggi.

Difahamkan, empat lori membawa muatan bongkah batu telah dihantar ke kawasan rumahnya semalam untuk kerja menambat pantai.

Video tular

Terdahulu, tular di TikTok rakaman video menunjukkan sebuah banglo dua tingkat berwarna biru di tepi pantai terletak di Kampung Tanjung, Kuala Nerus Terangganu semakin berisiko disebabkan hakisan.

Sekarang, kerja-kerja menambah tanah bukit dan memasang plastik bagi menguatkan struktur tanah turut dijalankan untuk mengurangkan hakisan.

Yazit kini menghuni sebuah chalet sementara menunggu pembaikan selesai. Beliau berharap cuaca kembali baik bagi memudahkan kerja-kerja pemulihan pantai.

Saya tidak kenal siapa yang membantu, tapi saya berdoa semoga Allah membalas kebaikan mereka.

#OhmediaNasihat

Hakisan pantai boleh berlaku di mana-mana kawasan pesisir pantai, terutama apabila cuaca tidak menentu. Keprihatinan masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan sangat penting dalam situasi sebegini. Marilah kita teruskan budaya membantu sesama kita dan menghargai alam sekitar agar tragedi seperti ini dapat diminimumkan pada masa hadapan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro | TikTok @arol67 | @alliakarumbi


The post

appeared first on

.