Bangunan Baharu Perlu Dilengkapi Infrastruktur Internet – Fahmi

20 Aug 2023 • 1:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fahmi ketika menutup Program Merdeka Hujung Minggu Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM). - gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa kelompok arkitek tempatan agar memastikan bahawa reka bentuk setiap bangunan baharu dalam negara dilengkapi dengan infrastruktur internet yang baik.

Beliau berkata ini selaras dengan keperluan akses rangkaian 5G yang telah sedia ada di Malaysia.
“Saya percaya banyak bangunan baharu, Insya-Allah akan menjadi lebih lengkap, kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur ini perlu disesuaikan supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya internet terpantas yang kita ada.

“Ini penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai internet, selalunya saya yang akan dipersalahkan oleh Ahli Parlimen yang lain - kenapa ada beberapa bangunan tiada internet, ia sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menutup Program Merdeka Hujung Minggu Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PAM Abu Zarim Abu Bakar dan Ketua pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved