
SANDAKAN: Daerah ini bakal memiliki bangunan hospital baharu yang lebih besar dalam tempoh lima tahun sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di sini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata kerja-kerja awal bagi projek pembesaran bangunan baharu Hospital Duchess of Kent (HDOK) kini sedang dilaksanakan dengan peruntukan awal sebanyak RM400,000.
“Kita ada perancangan untuk pembinaan pembesaran bangunan baru di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sekarang kira-kira RM400,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja awalan dan cadangan ini sudah pun dibawa ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk pembinaan hospital dengan kapasiti sekitar 590 katil,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 12 mesin hemodialisis kepada hospital-hospital zon kluster Sandakan di HDOK, di sini, Ahad.
Menurutnya, hospital baharu itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan pantai timur Sabah, khususnya di Sandakan, yang semakin berkembang dari segi jumlah penduduk dan keperluan perkhidmatan kesihatan.
Dalam perkembangan berkaitan, James berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan usaha menaik taraf klinik-klinik kesihatan binaan jenis kayu secara berperingkat di seluruh Sabah.
“Kita mahu semua klinik kesihatan di Sabah dibina menggunakan struktur konkrit. Fasiliti asas seperti tandas dan bekalan air bersih juga akan diperbaiki agar perkhidmatan kesihatan yang disediakan lebih selesa dan berkualiti,” katanya.
Tegasnya, matlamat kerajaan negeri adalah untuk mencapai sifar klinik kayu dalam tempoh terdekat demi memastikan rakyat Sabah mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang selamat dan moden.
Mengenai penyerahan mesin hemodialisis sumbangan Kerajaan Negeri itu, katanya, HDOK akan menerima enam mesin hemodialisis, empat untuk Hospital Kinabatangan dan dua untuk Hospital Beluran.
Dalam pada itu, James juga berkata pesakit yang menerima menjalani hemodialisis juga kini akan dikecualikan bayaran perkhidmatan.
“Jika sebelum ini, pesakit perlu membayar RM13 bagi setiap kali rawatan. Namun sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya ini, pesakit kini boleh menikmati rawatan hemodialisis secara percuma,” katanya.
Justeru, beliau berharap dengan pertambahan mesin hemodialisis ini, ianya mampu menampung keperluan pesakit buah pinggang di hospital-hospital zon kluster Sandakan.

