Bangunan Jakel Cawangan Shah Alam Terbakar

1 Jan 2023 • 10:44 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian berkenaan melibatkan satu lot kedai tiga tingkat yang mengalami kebakaran sehingga 80 peratus - Gambar JBPM Selangor

SHAH ALAM - Bangunan menempatkan cawangan gedung tekstil terkemuka, Jakel di Seksyen 7 di sini mengalami kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 7 pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berkenaan melibatkan satu lot kedai tiga tingkat yang mengalami kebakaran sehingga 80 peratus.

image is not available
Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya setakat jam 10 pagi tadi - Gambar oleh Rahim Nasir

“Anggota bertugas terus melakukan kerja-kerja pemadaman api dan tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

“Proses memadamkan api melibatkan kekuatan BBP Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang Jaya, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sg. Pinang dan BBP Puchong,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya setakat jam 10 pagi tadi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Getaran, 1 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved