Bangunan Lama DUN Sarawak Bakal Diubah Suai Jadi Pusat Seni Ala Royal Albert Hall Di London

3 May 2024 • 11:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RM250 juta diperuntukan untuk kos ubah suai

Bangunan Lama DUN Sarawak Bakal Diubah Suai Jadi Pusat Seni Ala Royal Albert Hall Di London. Pengubahsuaian bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama menjadi Pusat Persembahan Seni penting untuk memenuhi keperluan pencinta seni khasnya di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini terutama Sarawak pada masa ini belum mempunyai tempat khusus disediakan bagi tujuan berkenaan.

image is not available
Bangunan Lama DUN Sarawak Bakal Diubah Suai Jadi Pusat Seni Ala Royal Albert Hall Di London. Sumber: Dayak Daily

“Pusat ini (pusat persembahan seni) akan menyediakan kemudahan untuk kegunaan ahli seni dan generasi muda untuk mengasah minat dan bakat dalam bidang kesenian khasnya industri kreatif dan seni persembahan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tapak Projek Performing Art Centre At Old DUN Building di pekarangan Bangunan DUN Lama, Petra Jaya, di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan menambah, pusat persembahan itu dilengkapi pelbagai kemudahan yang terkini dan canggih.

Menurut laporan daripada Astro Awani, Sarawak memperuntukan sebanyak RM250 juta untuk mengubah suai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia ala-ala Royal Albert Hall di London.

“Skop projek pengubahsuaian itu dan naik taraf reka bentuk dalaman ini dilengkapi dengan fasiliti seperti dewan teater, studio teater, dewan serba guna, bilik black box dan sebagainya.

“Projek (pengubahsuaian) ini juga akan mengambil khidmat pakar bagi komponen sistem audio, visualisasi, akustik, pencahayaan dan sistem pementasan terkini dan canggih,” jelasnya sambil menambah, ia dijangka siap pada 2027 sebelum diserahkan kepada Majlis Seni Sarawak.

image is not available

Justeru, beliau berharap projek pengubahsuaian itu akan dapat dilaksanakan dengan baik dan akan memberi manfaat kepada anak seni Sarawak.

“Pusat ini diharap menjadi mercu tanda baharu bagi Sarawak khasnya dalam bidang kesenian dan secara tidak langsung dapat memacu kemajuan industri kesenian, kebudayaan dan industri kreatif di Sarawak,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article