Bangunan Motac terima ancaman bom, kakitangan dan pelawat diarah kosongkan bangunan

5 Jun 2024 • 5:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Putrajaya telah diarahkan mengosongkan bangunan itu susulan dakwaan ancaman bom.

Kejadian dilaporkan berlaku dalam 3.40 petang tadi dengan ancaman di tingkat 14 bangunan tersebut.

Memetik Astro Awani, difahamkan bungkusan tersebut dihantar menerusi perkhidmatan penghantaran.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Unit Pemusnah Bom dilaporkan kini berada di tempat kejadian.

Scoop sedang mendapatkan bomba dan polis untuk maklumat lanjut. - 5 Jun, 2024

https://www.youtube.com/shorts/FYihhtDWhYU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved