Bangunan PBBS bakal jadi pusat pelancongan: Ruslan

27 Dec 2023 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Bangunan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Bisaya bakal menjadi lokasi pelancongan baharu di daerah ini untuk tarikan bukan saja pengunjung domestik tetapi juga pelancong luar negara.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Ruslan Muharam berkata, perancangan yang menjadi antara agenda pemerkasaan PBBS itu akan direalisasikan tahun depan.

Katanya, konsep yang akan digunapakai adalah pelancongan budaya kerana etnik Bisaya kaya dengan warisan unik melibatkan seni tarian, makanan dan pakaian tradisi serta muzik tradisional.

“Bagi merealisasikan aspirasi ini, kita juga akan membina tiga buah rumah tradisional atau walai Bisaya masing-masing dengan kos kira-kira RM50,000 di kawasan bangunan PBBS ini.