Bangunan sekolah, restoran dan kereta terbakar

LocalEnvironment
26 Sep 2024 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani, Winnie Kasmir

KUDAT: Bangunan Sekolah Kebangsaan St Peter terbakar 40 peratus manakala stor sekolah berkenaan terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ishak berkata, pasukan bomba 17 anggota termasuk tujuh pegawai bomba sukarela bersama sebuah jentera, sebuah EMRS dan tiga kenderaan utiliti tiba di lokasi kejadian pada jam 7.01 pagi setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 7 pagi.

Katanya, pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan, sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. KEBAKARAN restoran di Sandakan.

Sementara itu, di SANDAKAN, sebuah restoran di Bandar Indah Batu 4, dekat sini juga terbakar pada pagi Rabu.

Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi berjaya mengawal api daripada merebak ke kedai berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 15 peratus dapur restoran. Tiada mangsa dilaporkan, manakala punca dan kos kerugian masih dalam siasatan.

Dalam kejadian berasingan, pasukan bomba turut memadam sebuah kereta Perodua Kancil yang terbakar di Bulatan Fajar, Jalan Airport Batu 7 pada malam Selasa.

Pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam dan berjaya memadam kebakaran pada jam 9.44 malam. Perodua Kancil tersebut terbakar 80 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.