
RANAU: Seorang penduduk kampung di sini kehilangan harta benda dan aset miliknya apabila bangunan stornya musnah dalam kebakaran di Kg Kauluan di Kundasang, jam 3 petang, Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, mereka bergegas ke lokasi kejadian terletak kira-kira 22km dari Balai Bomba Ranau.
