Bangunan terbiar jadi lokasi aktiviti persundalan di bulan Ramadan

LocalPolitics
24 Feb 2026 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan rumah dan bilik yang kotor dan berbau disyaki menjadi tempat melakukan aktiviti persundalan.
image is not available
Keadaan dalam bangunan yang kotor dan usang.
image is not available
Antara yang ditahan dalam serbuan pelacuran di Jalan Kem, Klang pada Selasa.

KLANG - Waktu siang bulan Ramadan dicemari dengan aktiviti pelacuran yang berselindung di sebalik bangunan terbiar dan rumah usang di Jalan Kem di sini digempur pada Selasa.

Serbuan bermula kira-kira jam 1.15 petangdijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat pemasangan dinding (partition) haram sebagai bilik kecil bagi aktiviti seks di premis terbabit biar pun keadaan bangunan yang kotor, berhabuk serta berbau.

Malah terdapat pintu rahsia bagi membolehkan mereka melarikan diri ketika diserbu.

Turut dijumpai tisu dan kondom di premis terbabit.

Selain itu, terdapat beberapa cubaan wanita untuk melarikan diri selain penghuni yang enggan memberi kerjasama membuka pintu.

**media[3444048]**

Seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Mimie, 29, berkata, dia mendakwa menawarkan aktiviti seks sejak dua bulan lalu dengan harga RM70.

"Bilik di sini saya sewa dan bayar kepada seorang lelaki yang datang tiap bulan.

"Pelanggan warga tempatan ada...warga asing pun ada. Biasa sehari boleh sampai lima orang pelanggan," kata wanita asal Batam itu.

Difahamkan, wanita itu juga mendakwa mengambil bahan terlarang dadah yang dibeli RM50 untuk sekali hisap.

Dalam serbuan terbabit, difahamkan seramai 23 orang ditahan terdiri 17 wanita dan seorang lelaki berpakaian wanita disyaki pelacur, seorang penjaga dan empat pelanggan.

**media[3444049]**

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk proses dokumentasi.