Banjir: 10 sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya

19 Dec 2022 • 2:56 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KOTA BHARU: Sejumlah 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan 6 jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat pukul 1 tengah hari ini.


Berdasarkan laman web Public Info Banjir, sungai terbabit yang melepasi paras bahaya adalah tiga sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dengan bacaan 39.40 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.19 m) dan Sungai Nal di Kampung Sungai Nal (29.24 m).

Selain itu, masing-masing dua sungai di Jeli dan Tanah Merah turut merekodkan bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (55.76 m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.72 m) serta Kampung Jenob (24.97 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.08 m).

Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.70 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.00 m) dan Jambatan Melor, Bachok (9.87 m) turut merekodkan bacaan paras bahaya.

Sementara, paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.44 m) dan Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh (2.73 m) berada pada paras waspada.


image is not availableBersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038