Banjir: 2,489 orang masih berlindung di 30 PPS tiga negeri

31 Jan 2023 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan sebahagian penduduk yang rumah mereka mula dinaiki air di Kampung Rancangan Cocos, Pamol - Foto: Bernama (Gambar kecil: Laporan yang dikeluarkan Nadma setakat jam 4 petang pada Selasa.)

SHAH ALAM – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pahang ditutup sepenuhnya setelah bencana banjir di negeri itu pulih sepenuhnya pada Selasa.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sebanyak 2,489 mangsa ditempatkan di 30 PPS yang masih dibuka di tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Sarawak.

Johor masih mencatatkan angka mangsa tertinggi iaitu 1,525 orang diikuti Sabah (738) dan Sarawak (226).

Laporan setakat jam 4 petang pada Selasa itu turut memaklumkan PPS yang masih dibuka di empat daerah di Johor iaitu (Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing, Segamat); Sabah (Lahad Datu, Pitas Telupid) dan Sarawak (Limbang).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved