Banjir: 20 kenderaan terkandas di Long Pasia

18 Jul 2024 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinius Pandakin, Ahmad Apong

SIPITANG: Dua puluh kenderaan yang datang dari Kg Long Pasia terkandas dan terpaksa menunggu hampir enam jam untuk menyeberangi jambatan kayu di Sungai Laviron dekat bekas tapak semaian SFI di Kg Mendulong akibat hujan lebat pada Selasa.

Menurut Luis L. (60-an) dari Kg Ulu Bole, mereka terkandas ketika menuju ke pekan Sipitang untuk menjual hasil tani di tamu mingguan.

Katanya, laluan berkenaan terutama jambatan kayu sudah ditenggelami air pada jam 4 petang sebaik mereka tiba di lokasi dan air hanya surut sekitar jam 8.40 malam hari sama.

"Sebelum kami boleh melaluinya, kami bekerjasama untuk mengisi bahagian yang terhakis dengan batu menggunakan cahaya dari lampu depan kereta kami," kata Luis.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Sementara itu, Ketua Bahagian StarSabah Sindumin Eric Suab Boh berkata laluan itu telah dibaiki syarikat konsesi pada 2.45 pagi Rabu.

Penduduk Kg Mendulong, Jeniffer Opai berkata, sebanyak enam kampung terputus hubungan akibat kejadian itu.

Kampung itu adalah Kg Long Pasia, Kg Long Miau, Kg Abpa Kemadang, Kg Iburuh, Kg Meligan dan Kg Ulu Bole.

Beliau berkata, syarikat konsesi sudahpun membaiki jalan menuju ke kampung terbabit.

“Bagaimanapun, ini hanya sementara melainkan kerajaan membina jalan dan jambatan konkrit yang lebih baik untuk kami.”

Tambahnya, penduduk berharap Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yaacob dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah memberi perhatian terhadap keperluan ini kerana ia melibatkan jarak hanya 50 meter.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article