Banjir: 20 penduduk Kg Airport dipindah

21 Feb 2024 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Seramai 20 penduduk di Kg Airport Batu 10 di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air, awal pagi Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.20 pagi mengenai banjir kilat menerusi talian balai.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Oma Tome bersama jentera FRT dan kenderaan EMRS Bomba ke lokasi sejauh 17km dari balai.

Katanya, tinjauan mendapati lima buah rumah dinaiki air.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Pasukan dan agensi lain turut membantu kerja-kerja pemindahan mangsa dengan bantuan bot penduduk kampung”, katanya menambah operasi pemindahan ditamatkan jam 6.55 pagi.

Laporan awal menunjukkan lima keluarga terlibat dalam kejadian itu masing-masing terdiri daripada lima lelaki (termasuk seorang OKU), tujuh wanita, empat kanak-kanak perempuan, tiga kanak-kanak lelaki, dan seorang bayi lelaki.

Tambahnya, dewan kampung tersebut dijadikan sebagai PPS.

Fenomena pertembungan air Sungai Kalumpang dipercayai menjadi punca limpahan air di kawasan rendah sehingga hampir mencecah atap rumah penduduk terlibat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.