Banjir: 43 mangsa di Johor, Sarawak pulih

21 Jan 2024 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 43 mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor manakala PPS di Sarawak telah ditutup sepenuhnya setakat malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), satu-satunya PPS yang masih dibuka ialah di daerah Segamat yang menempatkan 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

Nadma turut memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved