Banjir: 7 negeri terjejas, 3,006 mangsa kini di PPS

15 Nov 2022 • 9:13 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7 negeri iaitu Perak, Kedah, Selangor, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah masih terjejas akibat bencana banjir sehingga 8 pagi tadi membabitkan 16 daerah, demikian menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan 3,006 mangsa daripada 947 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di 7 negeri berkenaan.

“Di Johor terdapat pertambahan dua PPS, masing-masing di Ledang dan Tangkak manakala di Perak tiga pertambahan PPS iaitu di Larut, Matang dan Selama,” menurut kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, agensi berkenaan memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis yang menunjukkan empat sungai kini dengan bacaan air berada di paras bahaya yang terdiri daripada Long Jegan, Miri di Sarawak; Rantau Panjang, Pasir Mas di Kelantan; Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka dan di Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru.

Enam sungai pula dilaporkan berada di tahap amaran iaitu Sungai Triang, Bera, Pahang; Long Teru dan Marudi di Miri, Sarawak; Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kedah dan Cheng, Melaka.

image is not available
Anggota Balai Polis Gadek bersama Angkatan Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Melaka Misi bantuan menyelamat mangsa banjir yang terkandas di Kampung Gadek Dalam, melibatkan 6 keluarga dan telah ditempatkan di Balai Raya Pekan Gadek

NADMA mengingatkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir untuk maklumat lebih tepat.

 


 

image is not availableBersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038