Banjir Aceh: Bantuan Dari Malaysia ‘Tak Seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 10:24 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian berkata tawaran bantuan ubat-ubatan daripada pihak luar, termasuk dari Malaysia untuk mangsa bencana di Aceh adalah dalam jumlah yang kecil dan tidak sepadan dengan kemampuan serta peruntukan dimiliki pemerintah negara tersebut.

Menurut Tito, hasil penilaian mendapati nilai bantuan ubat-ubatan itu dianggarkan sekitar RM300,000, jumlah yang disifatkan tidak signifikan berbanding anggaran kewangan negara dan sumber yang telah dikerahkan kerajaan.

“Untuk nilai sekitar itu, kita mampu. Kita ini sebuah negara dengan anggaran yang jauh lebih besar daripada jumlah berkenaan, termasuk aset yang telah dikerahkan,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran bantuan untuk bencana banjir di Sumatera dalam podcast Helmy Yahya Bicara yang disiarkan menerusi saluran YouTube, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu berhati-hati agar tidak timbul persepsi seolah-olah Indonesia bergantung kepada bantuan luar, sedangkan keupayaan dalaman negara adalah jauh lebih besar.

Tito bagaimanapun mengakui niat baik pihak yang ingin membantu, namun menegaskan bahawa dari sudut kemampuan negara, sumbangan tersebut adalah kecil selain tidak memberi kesan besar berbanding usaha yang telah dilaksanakan kerajaan sendiri.

Sumber: Instagram KuatBaca.com

The post Banjir Aceh: Bantuan Dari Malaysia ‘Tak Seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved