Banjir: Anwar minta GLC peka beban perniagaan, orang awam

LocalPolitics
5 Dec 2024 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu peka terhadap beban yang ditanggung perniagaan dan orang awam, khususnya kemudahan seperti bayaran sewa bangunan dan ansuran bayaran balik pinjaman kewangan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera hari ini, yang antara lain menyentuh mengenai kesan banjir terhadap peniaga dan orang awam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, mesyuarat turut membincangkan kemajuan syarikat-syarikat di bawah yayasan itu dalam menyokong inisiatif kerajaan.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk program GEAR-uP serta ketetapan Kongres Ekonomi Bumiputera. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved