Banjir Bangkok: Rakyat Malaysia Digesа Terus Berhubung Dengan Kedutaan

27 Sep 2026 • 2:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Banjir Bangkok: Rakyat Malaysia Digesа Terus Berhubung Dengan Kedutaan

BANGKOK, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia di Bangkok digesa untuk terus berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sini bagi mendapatkan bantuan dan maklumat terkini berikutan banjir besar yang menjejaskan beberapa daerah dan laluan pengangkutan utama di ibu negara itu.

Kementerian Luar dalam satu nasihat pada Ahad memaklumkan bahawa beberapa warga Malaysia telah terjejas akibat banjir dan Kedutaan di Bangkok menghulurkan sokongan serta bantuan yang diperlukan kepada mereka.

Kementerian itu menyeru rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia lain yang mungkin terjejas akibat banjir, supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok pada talian +66 2 340 5720, +66 2 340 5731 atau +66 87 028 4659, atau e-mel mw.govbangkok@kln.

Ia turut mendesak rakyat Malaysia yang masih belum berbuat demikian supaya mendaftarkan kehadiran mereka di Thailand menerusi sistem e-Konsular.

"Kedutaan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau keadaan," menurut kementerian itu.

Rakyat Malaysia yang melawat atau menetap di Bangkok turut dinasihatkan supaya berhati-hati, terus berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi juga dinasihatkan supaya memberikan masa tambahan untuk perjalanan mereka dan tiba lebih awal daripada jadual berlepas, kerana laluan akses mungkin mengalami kelewatan,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Hujan lebat berterusan sejak Khamis menyebabkan banjir di semua 50 daerah di Bangkok, menurut laporan Bernama.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved