Banjir: Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

13 Nov 2022 • 12:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang wanita meredah banjir berhampiran papan tanda mengenai amaran banjir di Meru, Klang, baru-baru ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan beberapa kawasan di seluruh negara dilanda banjir kilat.

Malah pada Khamis lalu, beberapa kawasan di sekitar Meru di Klang dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilaporkan dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter.

Jurufoto Getaran, Sairien Nafis dan Abdul Razak Latif telah mengadakan tinjauan di kawasan terbabit dan menyaksikan kesukaran penduduk yang berdepan dengan situasi berkenaan.

image is not available
Seorang pelajar di Madrasatul Quran Darussalamah Lil Banat, membersihkan kerusi yang kotor selepas madrasah itu dinaiki air di Kampung Budiman, Meru.

image is not available
Seorang wanita meninjau keadaan dalam rumahnya yang dinaiki air di Kampung Budiman, Klang, Khamis lalu.

image is not available
Salah sebuah kedai yang dinaiki air akibat banjir kilat di Pekan Meru, Klang, baru-baru ini.

image is not available
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Alma menghulurkan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di sekitar Kampung Baru Alma dan Taman Permai Jaya di Bukit Mertajam.

image is not available
Penduduk meredah banjir di Kampung Baru Alma dan Taman Permai Jaya di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

image is not available
Penduduk setempat membantu menolak sebuah kereta yang terperangkap di dalam banjir di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

image is not available
Keadaan banjir di sekitar Kampung Baru Alma dan Taman Permai Jaya di Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved