Banjir Bukit Changgang: Penggunaan pam dipergiat, air dijangka surut esok

LocalEnvironment
27 Nov 2026 • 7:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Banjir Bukit Changgang: Penggunaan pam dipergiat, air dijangka surut esok

SETIA ALAM, 27 NOV: Usaha mempercepat aliran keluar air dari kawasan banjir di Bukit Changgang, Kuala Langat dipergiat menerusi penggunaan pam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata banjir di kawasan berkenaan dijangka mula surut esok susulan usaha itu serta langkah menghalang limpahan daripada terus memasuki kawasan terjejas.

Menurutnya, keadaan di lokasi terbabit akan terus dipantau bagi memastikan proses penyurutan air banjir berjalan lancar.

“Perlahan-lahan saya rasa air akan mula surut mungkin mulai esok. Kita telah elak air daripada masuk dan sekarang telah pam keluar air.

“Kita akan tengok keadaan dari semasa ke semasa. Di Bukit Changgang sebelum ini memang lama, tetapi kali ini saya percaya kita akan cuba mempercepatkan aliran air keluar,” katanya.

Image from: Banjir Bukit Changgang: Penggunaan pam dipergiat, air dijangka surut esok
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2026 di Pusat Konvensyen Setia City pada 27 November 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada Parit Mahang dan Bukit Hijau selepas keadaan di Bukit Changgang kembali pulih, memandangkan kedua-dua kawasan berkenaan sudah lama ditenggelami banjir.

Katanya, kerja pembersihan perdana bersama agensi berkaitan dijadualkan bermula esok di Parit Mahang dan kawasan sekitar yang sudah surut.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan susulan keadaan di kawasan terjejas yang beransur pulih.

Terdahulu, kejadian benteng pecah di kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bukit Changgang pada 25 November lalu menyebabkan limpahan ke kawasan penempatan penduduk.

Berdasarkan data portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 755 mangsa daripada 233 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang, iaitu PPS dengan jumlah mangsa banjir tertinggi di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved