Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun

5 Jun 2023 • 3:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 JUN: Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, dekat sini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, jumlah mangsa di PPS Masjid Bandar Bukit Raja menurun kepada 70 orang daripada 16 keluarga setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 135 orang daripada 35 keluarga semalam.

“APM Selangor menjangkakan jumlah mangsa akan terus menurun berikutan air banjir kian surut dan keadaan cuaca yang baik hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 4 pagi.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved