Banjir di Alor Gajah semakin pulih

25 Oct 2022 • 10:29 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

ALOR GAJAH: 32 individu daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, pusat pemindahan sementara (PPS) Alor Gajah tengah hari Isnin. Bilangan mangsa banjir menurun daripada 48 orang daripada 13 keluarga.

image is not available

Menurut kenyataan ibu pejabat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, kesemua mereka merupakan penduduk di kawasan kejiranan Alor Gajah iaitu Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Pulau dan Kampung Bukit Balai.

Banjir masih dilaporkan di kampung Pengkalan Rama Pantai dan kampung Sungai Putat di Melaka Tengah dan Batang Melaka serta Gapis di Jasin. Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang dipindahkan ke PPS.

image is not available

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038