Banjir di empat daerah di Kedah makin pulih

23 Oct 2023 • 6:57 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIK: Banjir yang melanda empat daerah di Kedah semalam, semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif setakat petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Zairil Anuar Zulmuji berkata empat daerah terbabit ialah Bandar Baharu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik.

“Hanya terdapat dua PPS masih aktif iaitu di daerah pokok Sena setakat pukul 4 petang tadi iaitu Surau Kampung Batu 20 dan Masjid Nurul Iman yang menempatkan 51 orang daripada 14 keluarga,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya di daerah Sik, semua PPS telah ditutup sehingga petang ini dan mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing.

PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir, Surau Kampung Belimbing dan Balai Islam Tanjung Belit. - Bernama