Banjir di Johor: Jumlah mangsa meningkat 1,703 orang setakat 8 malam

24 Jan 2023 • 8:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,703 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,093 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) berkata tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan kesemuanya 16 PPS di Daerah Kota Tinggi, Kluang dan Segamat.

“Segamat paling teruk dilanda banjir dengan 1,229 orang daripada 325 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 300 orang daripada 84 keluarga dipindahkan ke enam PPS sementara 174 penduduk daripada 40 keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke dua PPS,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.

Selain tiga jalan di Kota Tinggi, Jalan Senai-Gemas (FT001) dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung, kedua-duanya di Segamat, turut ditutup untuk semua kenderaan, menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan empat sungai di Johor melepasi paras bahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.06 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.66m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 38.06m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.7 m.

— BERNAMA

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved