Banjir di Johor pulih, semua PPS ditutup

27 Nov 2022 • 9:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, 7 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS itu sebelum ini menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya.

PPS itu beroperasi sejak 2 Nov lepas akibat limpahan Sungai Muar yang menyebabkan beberapa rumah penduduk di daerah Segamat dinaiki air. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved