Banjir di Kampung Johan Setia, lapan mangsa diselamatkan

9 Nov 2022 • 8:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya telah menerima panggilan 5.49 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas sampai di lokasi 7.30 malam.

“Mengikut laporan awal kedalaman air adalah lebih dua kaki dan terdapat lima mangsa yang diselamat oleh pasukan bomba sukarela dan tiga mangsa warga emas diselamatkan anggota bomba,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan dengan melakukan pemeriksaan di kawasan yang terlibat.-Bernama