Banjir di Kedah: 408 mangsa masih berada di PPS

1 Oct 2023 • 9:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Setar menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir dari Kampung Bukit, Mukim Derang. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 408 orang daripada 136 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 437 orang daripada 147 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Kota Setar.

"Tiga PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang menempatkan seramai 274 mangsa daripada 93 keluarga, SK Seri Gunung (91 orang daripada 29 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (43 mangsa daripada 14 keluarga).

"Air sudah semakin surut dan sekiranya keadaan cuaca kekal baik hari, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved