Banjir Di Kelantan, 1,338 Mangsa Dipindahkan ke PPS

LocalEnvironment
27 Nov 2024 • 11:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hujan berterusan sejak Selasa telah menyebabkan banjir melanda lapan daerah di negeri Kelantan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, seramai 1,338 mangsa telah dipindahkan ke 39 pusat pemindahan sementara (PPS) pada hari Rabu.

Daripada jumlah itu, Jeli merekodkan mangsa paling ramai iaitu 320 diikuti Pasir Mas (301), Kuala Krai (243), Pasir Puteh (197), Tanah Merah (143), Bachok (79), Kota Bharu (36) dan Machang (19).

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 927 dewasa, 383 kanak-kanak dan 28 bayi.

Pada masa sama, menurut public infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Melor, Jambatan Melor di Bachok, Sungai Lanas (Jeli), Sungai Semerak (Pasir Puteh), Sungai Golok, Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Kelantan, Temangan (Machang).

image is not available

Foto: Sinar Harian

Malah, lima sungai dilaporkan berada pada paras bahaya.

Sungai-sungai yang berisiko termasuk Sungai Melor di Bachok, Sungai Lanas di Jeli, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Golok dan Jenob di Tanah Merah, serta Sungai Kelantan di Machang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata keadaan cuaca yang kurang baik telah menyebabkan kawasan rendah mula dinaiki air sejak malam sebelumnya.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved