Banjir di Kelantan, 1,969 mangsa dipindahkan

14 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 1,969 mangsa telah dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Isnin. - Foto ihsan APM

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 1,969 mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,365 mangsa pada Ahad.

Menurut aplikasi infobencanajkm, dua kawasan yang terlibat ialah Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Setakat jam 10 pagi, Rantau Panjang menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,944 mangsa di tujuh PPS.

Sementara itu, di Pasir Mas hanya satu sahaja PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong yang menempatkan 25 mangsa.

Dalam perkembangan lain, air Sungai Golok masih berada pada paras bahaya iaitu 9.51 meter pada jam 10 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved