Banjir di Kelantan, 27 mangsa masih tinggal di PPS

10 Dec 2023 • 5:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada tahap berjaga-jaga meskipun semakin menurun kepada 7.09 meter. Foto: APM

image is not available
Anggota APM bersama NGO mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.

PASIR MAS - Cuaca yang semakin baik ketika ini menyaksikan keadaan banjir di Kelantan bertambah pulih apabila hanya 27 mangsa masih tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) pada Ahad.

Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, setakat jam 4 petang kesemua mangsa itu terdiri daripada tujuh keluarga di Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Bagaimanapun, Kampung Tersang, Jalan Kampung Tersang dan Kampung Bendang Parol, Tok Deh masih lagi ditenggelami banjir," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada tahap berjaga-jaga meskipun semakin menurun kepada 7.09 meter.

Ujarnya, pemantauan berterusan di kawasan berpotensi banjir masih lagi dilakukan dari masa ke masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved