Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini – JPS

29 Dec 2024 • 3:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan.

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan pada 2 petang ini, JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Sementara itu, banjir yang diramal melanda Pahang pula melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran.

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai itu.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta peka dengan arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan laman Facebook PublicinfoBanjir.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved