Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

LocalEnvironment
28 Sep 2024 • 12:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

ALOR SETAR, 28 Sept (Bernama) — Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri, dekat Kuala Nerang, pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat sedang ditingkatkan bagi mengesan Salmah Mat Zain, 46, dan anak lelakinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) Muhammad Rosman Rohaidi, 19, yang hilang dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kejadian itu pada pukul 8.29 pagi.

“Kerja-kerja pencarian di sekitar lokasi sedang dilakukan dengan menggunakan bot. BBP Pokok Sena dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan BBP Jitra juga telah diarahkan ke lokasi untuk membantu operasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved