Banjir gelombang keempat landa Kelantan

24 Jan 2024 • 4:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota APM Pasir Puteh sedang melakukan kerja-kerja menyelamatkan penduduk di Kampung Batu Hitam, Pasir Puteh. Foto APM Pasir Puteh

image is not available
Hujan lebat yang berterusan sejak Selasa menyaksikan Kelantan dilanda banjir gelombang keempat pada Rabu. Foto APM Pasir Puteh

image is not available
Operasi menyelamat mangsa banjir sedang giat dijalankan pada Rabu.

PASIR PUTEH - Hujan lebat yang berterusan sejak Selasa menyaksikan Kelantan dilanda banjir gelombang keempat pada Rabu.

Pasir Puteh menjadi jajahan yang terjejas setakat ini apabila seramai 123 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changgai.

**media[2511542]**

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, penduduk di kawasan rendah diingatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Banjir yang melanda ketika ini berpunca daripada hujan lebat berterusan.

**media[2511546]**

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak bermain air banjir bagi mengelakkan sebarang tragedi," ujar beliau.