Banjir: Hampir 100 anggota APM bertugas di Pasir Mas

12 Dec 2022 • 5:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Hampir 100 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan ditugaskan melaksanakan operasi serta pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di jajahan Pasir Mas sejak Jumaat lepas.

Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata operasi turut melibatkan anggota daripada kawasan yang tidak terjejas banjir.

Beliau berkata setakat ini, banjir di negeri ini hanya melibatkan Pasir Mas khususnya Rantau Panjang.

“Selain anggota sedia ada di Pasir Mas, operasi pemindahan turut dibantu anggota dan logistik dari Tumpat dan Tanah Merah yang tidak terkesan banjir,” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemantauan situasi banjir di Kampung Serongga, Repek di sini hari ini.

Mohd Adzhar berkata dalam tempoh bencana, pihaknya melaksanakan pemantauan 24 jam di kawasan terjejas banjir.

“Ketika ini situasi banjir di Pasir Mas terkawal dan diharapkan tidak berlaku perkara di luar jangkaan,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved