Banjir Hatyai: Pelancong Malaysia enggan diselamatkan sebab belum waktu ‘check-out’

LocalTravel
25 Nov 2025 • 6:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketika banjir besar terus melanda Hatyai, Thailand, satu insiden luar jangka berlaku apabila seorang pelancong Malaysia enggan diselamatkan kerana belum tiba waktu “check-out” hotel.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Alez Ander, yang kini berada di Hatyai, beliau menerima banyak mesej SOS daripada rakyat Malaysia yang terperangkap akibat hujan berterusan.

Walaupun bukan sebahagian daripada pasukan penyelamat, Alez membantu menyalurkan maklumat lokasi mangsa kepada pasukan tempatan bagi memudahkan usaha menyelamat.

Baca juga:

Pasukan penyelamat terkejut dengan reaksi mangsa

Beberapa rakyat Malaysia dilaporkan meminta bantuan selepas hotel mereka dinaiki air. Alez kemudian mengatur penghantaran bot ke lokasi, namun setibanya di situ, pasukan penyelamat dikejutkan dengan reaksi tidak dijangka daripada seorang mangsa.

“Saya hanya check-out esok. Tak boleh keluar sekarang,” kata individu berkenaan dengan tenang, meskipun air semakin naik.

Pasukan penyelamat tergamam dengan respon lelaki itu sebelum diarahkan berundur dan menumpukan perhatian kepada mangsa lain yang benar-benar mahu diselamatkan.

Dedikasi petugas tempatan dipuji

Alez turut berkongsi rasa kagum terhadap petugas penyelamat tempatan yang bekerja tanpa henti, termasuk seorang sukarelawan wanita yang memaklumkan belum tidur lebih 40 jam sejak operasi bermula.

“Saya hanya mampu sampaikan maklumat kepada mereka secepat mungkin. Walaupun hujan sudah berhenti, air masih naik kerana mengalir dari kawasan pergunungan,” katanya sambil berharap semua mangsa berada dalam keadaan selamat.

Sumber: WeirdKaya