Banjir Keningau: Pasukan keselamatan ‘adiwira’ bertindak pantas selamatkan penduduk

8 Feb 2025 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KENINGAU: Bagaikan ‘adiwira’. Demikian menurut penduduk terjejas banjir di daerah ini sebagai penghargaan kepada pasukan keselamatan khususnya Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertindak pantas membantu mereka.

Peniaga gerai makanan Safiah Datu Masnor, 48, berkata beliau bersama keluarga terpaksa meninggalkan rumah malam tadi selepas dimasuki air dan anggota APM telah memindahkan mereka dengan kadar pantas.

Advertisement“Saya bersama suami dan tiga anak terkejut apabila air naik dengan cepat. Air mula masuk ke dalam rumah sekitar 8 malam dan dalam masa sejam sahaja telah mencapai paras lutut, bekalan elektrik pula terputus, nasib baik APM ada bantu kami berpindah cepat,” katanya.

Beliau dari Kampung Kauran Greg di sini berkata mereka hanya sempat menyelamatkan barangan berharga, dokumen penting dan beberapa helai pakaian manakala barangan perniagaan, perkakas elektik dan perabot terpaksa dibiarkan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan seramai 69 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Koningau di sini iaitu sebahagian daripada 322 mangsa (82 keluarga) yang berlindung di PPS akibat banjir di Sabah setakat 4 petang, Khamis.

Kawasan terjejas banjir di Keningau termasuk Kampung Kauran, Kampung Kauran Greg, Kampung Patikang Ulu, Kampung Banjar, Kampung Bariawa Laut, Kampung Lingkudau Ulu, Kampung Lingkudau Ring, Taman Kok Lok, Taman Anggerik, Kampung Tamu Ground Keningau dan Jalan Pekan Keningau.