Banjir: Kerajaan terima sumbangan RM35.8 juta dari syarikat swasta, korporat

LocalPolitics
4 Dec 2024 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan menerima sumbangan sebanyak RM35.8 juta daripada 23 syarikat swasta dan badan korporat khusus bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara. Foto Bernama/hiasan

PUTRAJAYA - Kerajaan menerima sumbangan sebanyak RM35.8 juta daripada 23 syarikat swasta dan badan korporat khusus bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Inisiatif itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas agar syarikat swasta berganding bahu membantu mangsa banjir sama ada dari segi dana atau menghantar jentera bantuan ke kawasan terjejas.

Anwar ketika berucap pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini berkata, semua dana itu akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya minta ICU senaraikan (keperluan infrastruktur) selain daripada apa yang diperuntukkan kerajaan," katanya.

Sumbangan diterima daripada YTL Corporation Bhd dan Yayasan Albukhary, masing-masing menyumbang RM5 juta, manakala Sapura Secured Technologies, U Mobile Sdn Bhd, Mah Sing Group Bhd, WCT Bhd, IJM Corporation Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Berjaya Corporation Bhd dan Press Metal Bhd, masing-masing menyumbang RM2 juta.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved