Banjir kilat: Beberapa laluan di NKVE, ELITE ditutup

LocalEnvironment
4 Nov 2026 • 8:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir kilat: Beberapa laluan di NKVE, ELITE ditutup
Keadaan di lokasi kejadian banjir di sini awal pagi Rabu.

SHAH ALAM - Hujan lebat sejak malam Selasa menyebabkan banjir kilat di beberapa laluan utama sekitar Shah Alam sehingga memaksa penutupan jalan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), awal pagi Rabu.

Berdasarkan hebahan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di media sosial X, banjir kilat dilaporkan di Kilometer 9.1 NKVE antara Shah Alam dengan Subang pada jam 4.07 pagi.

Semua lorong di kedua-dua arah terhalang akibat banjir, menyebabkan trafik dari Bukit Raja menghala ke utara dilencongkan ke Setia Alam.

Trafik dari arah Subang menghala ke selatan pula dilencongkan ke Lebuhraya ELITE.

Terdahulu, pada jam 3.20 pagi, PLUS memaklumkan semua lorong sebelum masuk Plaza Tol Shah Alam ditutup akibat banjir kilat dan pengguna diminta menggunakan laluan alternatif.

Pada jam 5.30 pagi, PLUS melaporkan penutupan semua lorong di Persimpangan Shah Alam, ELITE, antara laluan Seafield dengan Setia Alam.

Menurut hebahan itu, trafik dari Seafield menghala ke Shah Alam dilencongkan sementara ke Plaza Tol Shah Alam.

Sementara itu, PROLINTAS GCE menerusi hantaran di X memaklumkan banjir kilat di persimpangan NKVE pada jam 5.42 pagi.

Menurut pengendali lebuh raya berkenaan, susur Ramp B, Ramp C dan Ramp D ditutup sepenuhnya susulan kejadian itu.

Berikutan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas trafik dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Sementara itu, satu hantaran di Threads turut mendakwa sebuah jambatan berhampiran Jalan Gajah 16, menghala ke Paya Jaras, mengalami kerosakan sehingga laluan kedua-dua arah berkenaan tidak dapat dilalui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved