Banjir kilat di Batu Pahat, PPS kembali dibuka

LocalEnvironment
5 Apr 2025 • 3:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini kembali dibuka susulan banjir kilat yang berlaku di Kampung Baharu, Sri Gading, Batu Pahat, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading yang dibuka pada jam 10 pagi itu, menempatkan 99 mangsa daripada 34 keluarga.

"Sementara itu, satu sungai di Batu Pahat iaitu Sungai Senggarang berada pada paras amaran dengan bacaan 3.32 meter, selain dua sungai juga di Batu Pahat berada pada paras waspada iaitu Sungai Batu Pahat (2.30 meter) dan Sungai Lenik, Ladang Cha’ah (5.14 meter).

"Keadaan cuaca di semua daerah di laporkan cerah sehingga jam 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved