Banjir Kilat Di Selangor Tiada Kesudahan

LocalEnvironment
23 Apr 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara hujan lebat sejak awal pagi tadi, beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat lagi! Antara daerah terbabit ialah Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Susulan itu, beberapa kereta terperangkap dalam banjir manakala setakat ini, 86 rumah dikatakan terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan.

Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

image is not available

"Di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sebanyak 80 buah rumah telah dinaiki air dengan kedalaman tiga kaki tetapi paras air dilaporkan semakin surut.

"Manakala, di Kampung Baru Sungai Buloh pula enam buah rumah dinaiki air sedalam dua kaki tetapi mangsa yang terlibat enggan berpindah berikutan air menunjukkan trend menurun," katanya.

Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir di Selangor dilihat macam tiada kesudahan. Baru hujan lebat dua jam, beberapa kawasan di Selangor sudah dinaiki air.

image is not available

Situasi ini terbukti apabila semakin banyak kawasan yang membangun dilanda banjir kilat. Selain itu, kelemahan sistem perparitan dan penyelenggaraan longkang turut menjadi punca banjir kilat.

Ditambah pula dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab, membuang sampah, sisa bahan industri di dalam saluran perparitan sehingga tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.

Faktor-faktor memburukkan lagi banjir di negara ini tidak seharusnya diambil ringan. Diharapkan, Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi fokus utama kepada isu banjir di Selangor yang tiada kesudahan ini!