Banjir kilat: Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan

LocalEnvironment
16 Nov 2024 • 10:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto hiasan

SEREMBAN - Jalan Batang Melaka-Gemencheh di Tampin ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat pada paras hampir satu meter di kawasan itu berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Fadhil Hassan berkata, dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat jam 9 malam tadi.

"Laluan tersebut ditutup kira-kira 7.30 malam tadi, ia berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan ketika ini. Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai.

"Kita juga sedang memantau premis kedai dan kediaman yang terjejas susulan banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gemas-Tampin dan Jalan Mantai-Air Kuning Selatan-Sungai Dua untuk ke destinasi masing-masing. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved