Banjir kilat, laluan Plaza Tol Shah Alam (Elite) ke TTDI Jaya, Shah Alam sesak

23 Apr 2025 • 9:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan air naik di persimpangan Shah Alam (Elite) menyebabkan laluan dari Plaza Tol Shah Alam ke Taman TTDI Jaya dan Shah Alam terhalang.

“Trafik dilencongkan ke Persimpangan Bukit Jelutong Sentral. Manakala laluan dari Bukit Jelutong ke Plaza Tol Shah Alam (ELITE) hanya lorong kiri boleh dilalui. Trafik sesak kedua-dua arah di lokasi.

“Rancang perjalanan anda & patuhi arahan petugas di lokasi. Segala kesulitan yang dialami amat dikesali,” maklum LLM di Facebook.

image is not available
Foto Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia bertarikh 23 April 2025.