Banjir Kilat Landa Lapangan Terbang Dubai, 45 Penerbangan Terpaksa Dihentikan

17 Apr 2024 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebanyak 45 penerbangan keluar masuk terpaksa dihentikan akibat daripada banjir kilat yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa, Dubai (DXB), semalam.

Metro UK melaporkan bahawa banjir yang melanda lapangan terbang tersibuk di dunia itu telah memberi impak yang besar terhadap operasi penerbangan mereka.

Selain daripada tiga kapal terbang terpaksa dilencongkan ke lapangan berdekatan, terdapat juga 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dihentikan operasinya selama 25 minit.

image is not available

Foto: X Aviators Maldive

Difahamkan, bukan sahaja kawasan DXB yang ditimpa musibah berkenaan malah beberapa daerah di United Arab Emirates (UAE) turut menerima curahan air hujan melebihi 80 milimeter kurang 24 jam sehingga jam lapan pagi, semalam.

Susulan itu, amaran kepada orang ramai untuk mengelak daripada berkunjung ke kawasan pantai dan lembah telah dikeluarkan oleh Polis Dubai, kelmarin.

Jelasnya, perkara ini adalah rentetan daripada keadaan cuaca yang mampu mengurangkan kadar penglihatan manusia.

“Ini disebabkan hujan, angin kencang, guruh, kilat dan kadang-kadang hujan batu yang mengurangkan jarak penglihatan,” katanya.

image is not available

Foto: EnviroNews Nigeria

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @aviationbrk, dapat dilihat sebuah pesawat Fly Dubai sedang merentasi air banjir di lapangan tersebut.

Walau bagaimanapun, Lapangan Terbang Dubai menyatakan bahawa operasi penerbangan di kawasan tersebut sudah kembali seperti sedia kala.

Sumber: Metro UK