Banjir kilat landa Lembah Klang, Medan Selera PJ antara teruk terjejas

LocalEnvironment
18 Jul 2026 • 6:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Banjir kilat landa Lembah Klang, Medan Selera PJ antara teruk terjejas

KUALA LUMPUR - Medan Selera 223 di Petaling Jaya ditenggelami air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

Difahamkan ia merupakan kejadian kali ketiga berlaku di kawasan Medan Selera 223.

Hujan lebat sejak 3.50 petang, telah menyebabkan paras air meningkat dengan cepat sehingga menenggelamkan kawasan tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial, beberapa kenderaan terkandas, manakala beberapa lagi dilihat terapung dibawa arus banjir.

Menerusi media sosial Threads @hdoublehcollection, kawasan medan selera itu dinaiki air hingga paras leher, dengan orang ramai tidak dapat keluar daripada kawasan berkenaan.

“Kejap je ni (air) dah sampai leher. Blackout dah tu, harap cepat surut air,’’ demikian tulis pemilik akaun berkenaan.

@scoopdotmy

Paras air meningkat dengan pantas selepas hujan lebat sejak petang, mengakibatkan Medan Selera 223 di Petaling Jaya ditenggelami banjir. Rakaman di media sosial turut memaparkan kenderaan dihanyutkan berhampiran Ibu Pejabat Amway, selain pengguna jalan raya terkandas di beberapa lokasi. #Banjirkilat #petalingjaya #medanselera223 #infobanjir

♬ original sound - Scoopdotmy


Kejadian banjir kilat di medan selera tersebut pertama kali dilaporkan berlaku pada 20 April dan yang kedua pada 6 Mei lalu.

Selain kawasan medan selera itu, video beberapa kenderaan dihanyutkan air turut dimuatnaik dalam media sosial, yang dilaporkan berlaku berhampiran Ibu Pejabat Amway.

Di Kuala Lumur, pengguna media sosial turut melaporkan banjir kilat melanda kawasan di Ampang dan Sungei Wang, mengakibatkan ramai pengguna jalan raya yang terkandas. - 18 Julai, 2026

The post Banjir kilat landa Lembah Klang, Medan Selera PJ antara teruk terjejas appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved