
Long Pasia: Sebanyak 22 rumah di Kampung Long Pasia dilanda banjir kilat pada Khamis ekoran hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak petang Rabu.
Seorang penduduk, Mataga Lait, berkata hujan bermula 4 petang Rabu dan berterusan hingga 1.30 pagi Khamis.
AdvertisementAir sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung berikutan kejadian itu. Turut terjejas, kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia dan beberapa kawasan sawah padi.
Keadaan air sungai belum surut ketika berita ini ditulis pada Khamis. KEADAAN banjir di Kg Long Pasia. – Foto Mataga Lait
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Sementara itu, lebih 80 pelajar dan 20 guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia terjejas apabila banjir melanda sekolah mereka.
Seorang penduduk, Jeniffer Opai berkata semua aktiviti sekolah terhalang pada Khamis, namun murid-murid terus menetap di asrama desa tanpa melakukan apa-apa aktiviti.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Hujan lebat yang turun dari semalam menyebabkan SK Long Pasia yang berdekatan dengan sungai dinaiki air banjir,” katanya.
Disebabkan itu juga, penduduk terhalang untuk menghadiri sambutan hari kanak-kanak anjuran pihak sekolah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jeniffer menambah, selepas banjir surut nanti kawasan sekolah sudah tentu menjadi becak dan ini juga akan menghalang murid serta guru untuk bergerak aktif.
Menurutnya, kira-kira 450 penduduk Long Pasia turut terjejas menyebabkan mereka menaruh kebimbangan betapa seringnya banjir berlaku.
Katanya, Jambatan Kg Meligan juga tidak boleh dilalui sebarang kenderaan kerana dinaiki banjir, menyebabkan murid-murid dari Kg Iburuh terpaksa berjalan kaki menggunakan jambatan gantung.
“Jambatan simen yang dibina puluhan tahun dahulu dinaiki banjir setiap kali hujan lebat dan sudah tiba masanya pihak kerajaan menaiktaraf jambatan tersebut sebagai penghubung utama dari kampung-kampung sepanjang Long Pasia.
“Selagi kerajaan tidak menaiktaraf jambatan tersebut, selagi itulah masalah akan berlarutan,” katanya.
Katanya, Long Pasia merupakan destinasi pelancongan, termasuk pelawat dari Sarawak dan Brunei, yang sering menggunakan inap desa yang disediakan di sini.
“Inap desa merupakan satu sumber ekonomi penduduk Long Pasia selain daripada bertani,” mengulang gesaan untuk jambatan itu dinaiktaraf.


