Banjir kilat landa Lubok Weston

4 Apr 2023 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Banjir kilat di jalan Lubok Weston pada Sabtu dan Ahad lepas dipercayai berpunca daripada parit yang ada tidak dapat menampung jumlah air hujan yang turun selama dua hari berturut-turut.

Seorang penduduk, Tamam Tahir, berkata banjir kilat itu menyebabkan harga benda, termasuk keretanya, rosak.

“Bomba Beaufort dan Sipitang tidak dapat melalui jalan itu kerana air naik dan ada pokok tumbang yang menghalang laluan Sabtu lepas.

“Kini banjir telah surut namun kerosakan telah berlaku,” katanya kepada Harian Ekspres pada Isnin.

Beliau mendakwa, beberapa barangan elektriknya mengalami kerosakan termasuk peti sejuk.

“Kereta saya turut rosak,” katanya.

Sementara itu, Kg Lingkungan Laut turut mengalami banjir kilat apabila air sungai berdekatan melimpah dan memasuki kawasan perumahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article