Banjir Kilat Landa Taiping

28 Aug 2022 • 9:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Banjir kilat melanda kawasan perumahan Taman Seri Kota, Taiping petang tadi. - Gambar dari media sosial

IPOH  - Sepuluh mangsa banjir kilat dari kawasan perumahan Taman Seri Kota di Taiping dipindahkan ke sebuah dewan berhampiran selepas kediaman mereka terjejas akibat kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 6 petang tadi sebelum sepasukan anggota  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dengan bantuan BBP Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya kesemua mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa dan enam kanak-kanak dipindahkan sementara ke Dewan Air Kuning sementara menunggu banjir surut.

"Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan perumahan tersebut.

"Kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan. - Bernama