Banjir kilat: Lelaki dipercayai maut terkena renjatan elektrik

11 Apr 2025 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar komen beberapa penduduk yang mendakwa terdapat kes lelaki meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir kilat melanda Sri Muda pada awal pagi Jumaat.

image is not available
Tangkap layar siaran langsung pengguna di TikTok yang menunjukkan beberapa penduduk terpaksa duduk di atas bumbung kerana terperangkap akibat banjir kilat.

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir kilat melanda di Sri Muda, Shah Alam sejak awal pagi Jumaat.

Menurut perkongsian seorang pengguna di TikTok turut mendakwa, penduduk sekitar turut tidak dibenarkan berada di dalam atau berdekatan dengan kawasan air banjir.

Terdapat juga beberapa penduduk yang duduk di atas bumbung kerana dipercayai terperangkap.

**media[3080177]**

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan pengesahan polis berkenaan dakwaan berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan, sebanyak lima daerah di Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan tanpa henti yang berlaku sejak awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Ghazali Abd Rahman berkata, daerah terbabit ialah Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak.